Kak Noor kembali bersiaran malam ini. Lama juga tiada coretan di persada blog ini ye. Maklumlah seminggu sebelum permulaan puasa dah mula sibuk dengan tempahan biskut raya. Pun begitu, sesekali bila ada kelapangan, Kak Noor poskan dalam FB halaman Sajian Dapur Bonda. Posting dalam FB ini lebih mudah dan ringkas jika dibandingkan posting dalam blog.
Kalau dalam blog rasa tak lengkap sesuatu posting itu jika tiada nukilan rasa diselitkan. Namun begitu bergantung kepada masa seseorang individu itu. Kadang-kadang masa begitu mencemburui kita. Mood dan idea juga memainkan peranan untuk update blog kita dari semasa ke samasa. Bila ketipisan idea, duduk depan komputer 1 jam pun tak tahu nak taip apa lagi.
Banyak juga resepi Azlina Ina ini yang telah Kak Noor cuba. Memang sempurna kejadiannya walaupun pertama kali cuba. Ramai rakan FB yang telah mencuba resepi-resepi yang dimuatkan oleh Azlina Ina ini dan semuanya berpuas hati. Kek Marble Susu Coklat ini adalah salah satu resepi yang dicuba oleh Kak Noor. First time cuba resepi ini, Alhamdulillah sempurna kejadiannya; gebass gebuss.
Sesiapa yang nak cuba resepi kek marble susu cokelat ini, Kak Noor salin semula resepi Azlina Ina ini. Untuk resepi asal bertutorial daripada puan tanah sila layari page FB Azlina Ina di SINI.
Selamat Mencuba.
RESEPI KEK MARBLE SUSU COKELAT
Resepi Asal Oleh: Azlina Ina/Azlina Sukardi
Dicuba oleh: Kak Noor Sajian Dapur Bonda
Bahan A:
Bahan-bahannya:
6 biji telur Gred B
1 cawan gula kastor (ini sukatan kurang manis, kalau nak manis 1 ¼ cawan)
1 sudu besar ovallete
1 sudu kecil esen vanilla
(Mixed bahan-bahan di atas sampai gebu, high speed dalam 15 minit bergantung pada mixer masing-masing)
2 cawan setengah tepung naik sendiri (Blue key atau MFM)
½ cawan susu tepung
(Ayakkan bahan-bahan di atas bersama-sama)
Cara-caranya:
Masukkan tepung dalam bahan-bahan mix yang telah kembang tadi. Perlahankan mixer. Mixed dalam 3 minit atau sampai sebati dan ketepikan.
Bahan B:
Bahan-bahannya:
250 gram butter + 125 gram butter
½ cawan susu pekat
(Mixed sampai kembang bahan-bahan di atas. Step ini penting untuk menentukan kek gebu atau tidak)
Cara-caranya:
1. Masukkan A dalam B dan kaupbalikkan sampai rata. Guna senduk.
2. Bahagikan kepada dua bahagian; sama rata. Satu bahagian letak 4 sudu besar serbuk koko dan kacau rata. Satu lagi warna ori.
3. Guna loyang 9 x 9 atau 10 x 10. Lapik baking paper tepi-tepi loyang. Sapu butter.
4. Tuang adunan cara selang-selijab adunan sesenduk demi sesenduk.
5. Akhir adunan ratakan adunan ori dan tompok-tompokkan adunan coklat. ‘
6. Lorekkan pakai lidi bersih. Panaskan oven dan masukkan adunan. Bakar suhu 170 selama 30 minit pertama, kemudian turunkan suhu 150 selama 15 hingga 20 minit atau sampai masak.
7. Bila telah masak sempurna, keluarkan daripada oven dan terus terbalikkan atas redai untuk elak kek turun. Terbalikkan 5 minit saja dan terbalikkan asal semula.
8. Okay dah siap. Dijamin menjadi dengan gebunya.
Nota:
1. Fungsi ovallete menstabilkan kek supaya kek kemungkinan mendap adalah kurang jika salah meletak suhu oven.