Assalamualaikum.
Hmm.... sedapnya. Macam makan ais krim lah pula!
Hari ini Kak Noor nak kongsi buat kek keju oreo yang mudah dan cepat. Semuanya bermula bila menonton video membuat kek keju oreo ini yang diposkan dalam FB.
Kek yang tidak perlu dibakar, hanya disejukkan disejukkan beberapa jam di dalam freezer sebelum dimakan. Anak-anak pun teruja melihat video berkenaan dan meminta Kak Noor cuba membuatnya.

So pagi tadi ke kedai bakeri BAGUS Melawati bersama Encik Hasben membeli bahan-bahan untuk membuat kek oreo ini. Di BAGUS, semua bahan keperluan kek A sampai Z ada. Rambang mata dibuatnya.
Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek keju oreo ini. |
Untuk lebih mudah dan cepat membuat dasarnya, Kak Noor beli oreo crushed cookie pieces di kedai bakeri Sekiranya tiada, boleh juga gunakan biskut oreo yang dihancurkan.
Seperti yang disarankan dalam video, Kak Noor beli Springform Cake Pan - bulat bukaan tepi. Ini adalah untuk memudahkan kek dikeluarkan tanpa merosakannya.
Pastikan Kek Keju Oreo ini sentiasa di dalam freezer bagi mengelakkan ia cair. Seperti ais krim juga. Kek ini keseluruhannya tanpa tepung dan sesiapa yang gemar akan rasa keaslian keju, tentu akan suka kek ini. Bagi Kak Noor yang berusia ini, kurang menggemari disebabkan rasanya yang lemak berkrim. Rasa sikit bolehlah, kalau dah banyak rasa muak pula.
Ini adalah resepi yang Kak Noor gunakan.
Acuan springform cake pan 7 inci |

Bahan-bahan A (untuk dibuat dasar):
1¾ cawan oreo crushed cookie pieces
Bahan-bahan B:
500 gram cream cheese – jenama Tatura
1 cawan whipping cream
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar jus lemon
1 sudu teh esen vanilla
¾ oreo crushed cookie pieces
Bahan Hiasan:
Beberapa keping biskut Oreo
Coklat rice
Cara-cara Membuatnya:
1. Masukkan 1 ¾ cawan oreo crushed cookie pieces bersama ½ cawan mentega cair di dalam bekas. Gaulkan sampai sebati. Kemudian masukkan dalam acuan `spring form’ 7 inci sebagai dasar. Tekan hingga rata dan mampat. Sejukkan dalam peti ais (bahagian freezer) sekurang-kurangnya 1 jam.
2. Sementera itu satukan semua bahan B kecuali oreo crushed cookie pieces di dalam mixer. Pukul hingga kembang. Selepas itu masukkan oreo crushed cookie pieces dan digaul rata.
3. Kemudian masukkan/tuangkan adunan (no. 2) ke atas dasar yang telah disejukkan. Ratakan adunan. Hiaskan dengan biskut oreo, oreo crushed cookie pieces, dan coklat rice.
4. Masukkan kembali di dalam freezer untuk proses sejuk beku. Biarkan selama setengah hari/sehari untuk kek keju oreo keras sebelum dimakan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar