Hari ini sejak dari siang tadi hinggalah ke malam dok kerja update dan pos resepi aje. Dah banyak pending ni. Lepas ini tak tahu bila pula dapat mengadap komputer lama-lama sebegini.
Petang tadi teringin sangat nak makan kuih sagu berkuah. Kebiasaannya makan kuih sagu dengan kelapa muda aje. Hari ini Kak Noor makan kuih sagu dengan santan dan gula merah.Hm.... sedapnya sejurus keluar daripada peti sejuk. Nyaman tekak ini. Ada kawan di FB komen, bagi tahu dia makan kuih sagu dengan santan dan ais krim. Dok terbayang jugak kesedapannnya kalau letak ais krim kan.
Kak Noor menggemari resepi ini kerana kejadiannya tidak keras dan juga tidak lembut sangat. Just nice ngap masuk mulut. Memang nampak mudah nak buat kuih sagu ini, tetapi kalau silap sukatan; terlebih air atau terkurang air, tiada kesempurnaannya.
Resepi ini telah Kak Noor kongsikan dalam laman FB Sajian Dapur Bonda petang tadi. Dah malas nak taip semula, so Kak Noor kongsi resepi dalam format JPEG ini. Ramai rakan kita yang telah menggunakan format ini; mudah untuk disimpan dan dirujuk.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar