Selamat petang semua.
Bila petang begini, rasa lapar pula. Rasa malas sangat nak keluar dari rumah. Lebih teruk, bila malas nak masuk dapur. He...he... kadang-kadang memang wujud rasa malas tu. Mungkin pada hari-hari lain kita terlebih rajin ke dapur, tapi ada suatu ketika itu terlebih malas pula nak masuk dapur.
Bila petang begini, rasa lapar pula. Rasa malas sangat nak keluar dari rumah. Lebih teruk, bila malas nak masuk dapur. He...he... kadang-kadang memang wujud rasa malas tu. Mungkin pada hari-hari lain kita terlebih rajin ke dapur, tapi ada suatu ketika itu terlebih malas pula nak masuk dapur.
Tu le... rasa hari ini macam nak lepak aje..., tak nak buat apa-apa. Namapun hujung minggu. Masa untuk relax dan santai-santai. Kalau boleh nak ada orang hidangkan makanan di depan mata kita. Jadi `mem' kejap. Lebih-lebih lagi kalau telah mengadap komputer untuk mengemas kini blog yang telah berkurun tak up-date. Memang `berakaq' le... kat kerusi tu, berganjak jauh sekali kalau tugas belum selesai.
Semalam selepas selesai menyediakan tempahan tart nanas kerang untuk pelanggan, rasa terajin pula nak buat kek pisang. Lagipun kelmarin, pagi-pagi lagi Encik Hasben telah ke pasar tani untuk membeli pisang. Sebelum semua pisang itu `ghaib' dimakan oleh anak-anak, mahu tak mahu buat jugalah kek pisang itu semalam walaupun mata dah nak terpejam. Dah banyak kali kejadian pisang `ghaib' ini berlaku sebelum sempat dibuat kek. Ha...ha...
Teruja dengan resepi kek pisang berangan berhiaskan cip coklat yang diposkan di FB. Dah lupa siapa empunya resepi, cuma resepinya sempat Kak Noor screen shot, dan berdasarkan tulisan di atas gambar kek tersebut tercatat nama rafiziyunos.blogspot.com. Terima kasih kepada empunya resepi asal kek pisang ini. Walau bagaimanapun Kak Noor telah mengolah resepi ini mengikut kesesuaian dan kefahaman Kak Noor semasa penyediaan kek ini.
Jom kita tengok resepinya.
Kek Berangan Cip Coklat dan Cip Butterscoth
Olahan: Sajian Dapur Bonda
4 biji telur Gred A
3/4 cawan gula kastor
1 sudu kecil ovallete
2 sudu besar cip coklat
2 sudu besar cip butterscoth
1 sudu kecil esen pisang
Bahan-bahan B:
8 biji pisang berangan - dipotong kecil
¾ cawan mentega cair
(Bahan-bahan B disatukan dan dilblend menggunakan blender chopper)
Bahan-bahan C:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil baking powder
(Bahan-bahan C disatukan dan diayak bersama)
Cara-caranya:
1. Mula-mula putarkan gula dan telur sehingga kembang menggunakan mixer.
2. Kemudian masukkan ovellete dan esen pisang. Putar dalam dua tiga minit lagi, sehingga semua bahan bergaul rata.
3. Masukkan bahan B. Dengan menggunakan spatula gaulkan sehingga semua sebati.
4. Kemudian masukkan bahan C dan kacau rata.
5. Selepas itu masukkan cip coklat dan cip butterscotch (sukatannya bergantung kepada kesukaaan masing-masing). Kacau rata.
6. Sebelum adunan dimasukkan ke dalam loyang, lapik loyang dengan baking paper. Oleskan baking paper dengan sedikit mentega atau margerin.
7. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Saya guna loyang saiz 8” x 8”. Taburkan lagi cip coklat dan cip butterscotch dan kalau suka boleh susun hirisan pisang juga.
8. Sebelum adunan dimasukkan ke dalam oven, panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit dengan suhu 170 darjah celcius.
9. Bakar adunan pada suhu 170 celcius selama 40 minit ke 1 jam menggunakan api atas bawah (bergantung kepada oven masing-masing). Dalam tempoh tersebut, bila permukaan atas kek telah perang, gunakan api sebelah bawah sahaja. Nanti kalau guna api atas bawah, permukaan atas kek akan hangus.
10. Bila telah masak keluarkan daripada oven, biarkan sejuk dahulu sebelum dipotong.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar