Hari ini N3 Kak Noor berubah haluan sedikit. Tiada pos mengenai resepi masakan, tetapi masih berkait rapat dengan makanan. Hari ini nak kongsi maklumat mengenai tempat makan yang Kak Noor dan Hasben kunjungi semalam. Jom jalan-jalan cari makan dengan Kak Noor.
Semalam sepulangnya dari kerja, hasben ajak singgah makan. Dalam seminggu tu, mesti sekali atau dua kali Kak Noor dan Hasben akan singgah makan di kedai dulu sebelum pulang ke rumah. Di sinilah `privacy' kami di mana kami akan bercerita mengenai hal-hal `sensasi’.
Mercu tanda Fiske Steakhouse, bergemerlapan dengan lampu |
Semalam singgah di Fiskie Steakhouse. Tukar selera pulak. Selalunya kami singgah di Kedai Langgak Bihun Sup Utara, yang terletak di Taman Keramat AU2. Di sini Encik Hasben gemar makan koayteow goreng kerang dan bihun sup. Kak Noor pula suka order laksa. Perihal Kedai Langgak Bihun Sup Utara ini akan Kak Noor ceritakan di episod akan datang. Tunggu.... Sekarang ini Kak Noor nak cerita pasal Fiskie Steakhouse dulu.
Sebenarnya Fiskie Steakhouse telah lama beroperasi di Taman Keramat AU2. Kak Noor sedia tahu kewujudannya, cuma tak pernah menjejakkan kaki untuk makan di sini walaupun Kak Noor tinggal berdekatan dengan kedai ini. Setiap kali bila lalu di sini, hanya tengok ajelah…. Apa yang menariknya tentang kedai ini ialah ia dihiasi dengan lampu yang bergemerlapan dan nampak eksklusif sekali pada waktu malam. Kedai makan ini selalunya dipenuhi oleh pelanggan pada waktu malam, di mana ia beroperasi dari jam 6.00 petang sehingga 12.00 malam. Pernah juga berkata dalam hati ini, satu hari nanti, nak juga aku masuk ke kedai ini dan menikmati menu yang dihidangkan.
So… semalam ini hasrat itu dimakbulkan. Pada mulanya nak lepak kat tempat selalu, tetapi Kak Noor kata kat hasben, dah jemulah…. jom kita cari kedai lain. Tup-tup hasben bawa ke Fiskie Steakhouse ni. Macam couple nak pergi dinner pulaklah rasanya. Masa sampai tu dah nak dekat jam 6.50 petang. Tak berapa ramai sangat pengunjung masa ni. Mungkin selepas Maghrib baru ramai orang. Terasa teruja masuk ke restoran ini di mana cahaya samar-samar dari lampu neon membangkitkan suasana romantika.
Namapun Fiskie Steakhouse. Of course menu yang dihidangkan adalah Western Menu. Menu yang ditawarkan di Fiskie Steakhouse adalah lebih kurang sama dengan menu yang terdapat di kedai-kedai yang seangkatan dengannya. Harganya pula berpatutan, tidaklah seperti sangkaan Kak Noor sebelum memasuki kedai ini. Layanannya pula pantas, tak sampai 15 minit makanan dan minuman dah sampai. Restoran ini terletak di Medan Selera, Taman Keramat AU2, Kuala Lumpur. Landmark restoran ini ialah ia terletak bertentangan dengan kilang Pernec dan Kilang Sapura.
Seterusnya penceritaan melalui gambar pula. Tengok ye gambar-gambar yang Kak Noor sempat snap semalam. Malu pun ada bila nak snap gambar malam-malam begini. Pelanggan memerhati.... Tapi tak apelah buat don't know aje. Nanti kalau cerita tak ada gambar, tak best jugak.
Ini restorannya. Di dalam dan di luar kedai penuh dengan lampu. Tudung meja pula warna merah. Gabungan cahaya lampu dan warna merah membangkitkan suasana yang ceria di dalam restoran.
Antara menu-menu yang disajikan....
Asam Pedas Melaka |
Soup Menu |
Fusion Menu |
Chicken Menu |
Spaghetti |
Ini pula adalah pilihan menu yang Kak Noor dan Hasben order...
Sehati sejiwa. Kak Noor dan Hasben order menu yang sama iaitu Menu Breaded Chicken Chop (Deep Fried). Kalau tak silap Kak Noor harganya cuma RM11.90 sepinggan.
Ini pula menu sampingan. Mushroom soup, dimakan bersama garlic bread. Roti dah habis `ngap' dulu....
Ini pula my favourite drink. Kat mana-mana mesti nak order air epal dengan asam boi. Satu gelas giant ni harganya RM5.00. Rasanya boleh syer dua orang. Encik Hasben pula order air tembikai. Tapi tak sempat nak snap, dah habis diminumnya.
Alhamdulillah, kenyang sungguh. Lebih-lebih lagi orang yang belanja kan...
So bagi sesiapa yang gemar makan steak, bolehlah singgah di restoran ini untuk mencuba steak di sini. Kak Noor belum lagi merasa steak di sini. Maybe next time .....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar