Assalamualaikum dan Selamat Tengah Hari.
Bila tengok paparan gambar di atas, siang-siang mesti dah tahu apa yang akan dibicarakan oleh Sajian Dapur Bonda hari ini kan? Cukup teruja bila tengok samperit yang comel-comel dan sempurna kejadiannya seperti gambar di atas. Entah kenapa tetiba sahaja nak cerita pasal semperit. Mungkin disebabkan dalam bulan ini asyik mencuba pelbagai resepi samperit tapi resultnya tak menepati KPI (Key Performance Indicators) yang ditetapkan. Jangan ingat pekerja pejabat sahaja ada KPI? Memasak pun ada KPInya juga ye. Kucuba dan terus mencuba dari satu resepi ke satu resepi untuk mendapatkan kesempurnaannya. Walaupun apa yang tercatat dalam resepi diikuti satu persatu tanpa gagal, tetapi it's still not perfect to me. Pelbagai tips dan petua juga telah diikuti; antaranya gula dan mentega tak boleh pukul sampai kembang, jenis tepung yang digunakan, cara membakar, dan sebagainya.
So tengah hari ni dah tak sabar-sabar nak pos N3 pasal samperit. Tengah banyak idea ni...so panjang berjelalah coretan Kak Noor kali ini. Dah lama tak tulis karangan panjang seperti ini. Harap tak bosan ye! Masa lunch time, Kak Noor tak keluar untuk lunch. Hanya bersantai di pejabat sahaja kerana pagi tadi telah ambil heavy breakfast iaitu nasi lemak dan kuih. Masa rehat selama sejam ini sempatlah Kak Noor godek laptop sekejap untuk poskan perihal samperit ini.
Cuti hujung minggu lalu sibuk membuat sample samperit untuk `tasting' oleh kekawan bagi tempahan hari raya. Nanti dah masuk bulan Ramadhan, tak dapat mereka merasanya pulak. Biasalah kalau nak jual ni, mesti dia orang nak rasa dulu. Sedap ke tidak? Baru boleh buat keputusan sama ada nak membelinya ataupun tidak. Biasalah tu... semua orang akan membuat pilihan terbaik untuk membeli; begitu juga dengan diri Kak Noor. So terpulanglah kepada citarasa masing-masing untuk membuat penilaian. Sekiranya menepati citarasa, bolehlah order. Kitapun tak dapat menepati citarasa semua orang. Macam biskut samperit ni, ada orang yang suka gebu dan melting in mouth, dan ada juga yang suka rasa sikit-sikit crunchy.

Tiap-tiap tahun Kak Noor cuba membuat samperit tetapi masih tidak mendapat kepuasan yang diinginkan. Resepi bonda telahpun diikut dari A to Z, tetapi masih tidak menepati piawaian. At last bila dah fade-up, modify jadi resepi biskut lain. Walaupun kita nampak penyediaannya mudah dan bahan-bahan utama yang digunakan adalah mentega, tepung, gula, dan telur, tetapi bagi Kak Noor amatlah sukar untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Tetapi, tak tahulah kekawan lain yang boleh menghasilkan samperit yang terbaik. Mungkin Kak Noor belum sampai ke tahap `champion' lagi membuat biskut samperit ini.
Samperit oleh Che Mat Gebu, memang teruja dengan kesempurnaan kejadiannya (Rujukan daripada blog Mat Gebu, dah ada stamp atas gambar tu....) |
Apa yang patut ada pada samperit yang sempurna kejadiannya? Gebu, melt in mouth and yang paling utama bila dibakar ia tidak kembang dan bunganya tidak jatuh. Bentuknya pula comel aje... besar syiling lama 20 sen. Sekali ngap sahaja masuk mulut. 50 biji boleh dihabiskan dalam masa sehari.
Biskut samperit ini merupakan biskut raya yang paling FAVOURITE. Walaupun bukan hari raya, bila sesekali kurasa teringin, Kak Noor akan mencarinya di pasar raya atau di stesen-stesen minyak. Ada yang menepati citarasa (99% perfect, nothing is 100% perfect), dan ada juga yang nampak bunganya cantik, tetapi bila masuk ke mulut, rasanya tidaklah secantik bunganya. Tetapi makan jugalah sampai habis. Rezeki tak baik dibuang tau! Bukan tak sedap, sedap.... tapi cuma tak perfect, itu saja.
Inilah samperit bunga pecah lima, trademark samperit bondaku. (Rujukan gambar: http://www.ahmadhasif.info/) |
Samperit ini banyak meninggalkan nostalgia kepada Kak Noor semasa zaman remaja; ketika bergelar student di UiTM. Pada setiap kali kunjungan ayahanda dan bonda di UiTM, biskut samperitlah yang dibawa oleh mereka. Satu tupperware besar! Tapi bukanlah makan sorang-sorang. Kak Noor ni jenis tak kedekut orangnya. Walaupun sayang takut habis, tetapi tetap dikongsi bersama kekawan semua. Memang terbaik and best in my world. Samperit daripada air tangan bondaku. Bondaku memang CHAMPION buat samperit!! Bonda selalu menggunakan acuan bunga pecah lima untuk samperit dan tidak menggunakan acuan bunga dahlia. Itulah trade mark samperit bondaku. Walaupun pada hari ini Kak Noor telah dapat membuatnya sendiri, tetapi rasanya tetap tak sama seperti bonda Kak Noor buat. Mungkin inilah yang dinamakan air tangan bonda.
Pada setiap tahun hari raya Kak Noor selalu juga request daripada bonda supaya jangan lupa buat samperit. Tetapi bonda tidak lagi segagah dulu. Dalam usianya yang telah melewati 6oan, bonda sering sakit-sakit dan letih. Kadang-kadang digagahi juga dirinya untuk memasak, tetapi ala kadar sahaja. Walaupun bondaku seorang yang CHAMPION dalam bidang masakan, tetapi kudratnya tak sechampion seperti dulu lagi. Kak Noor sering merindui masakan bonda. Maklumlah Kak Noor seorang sahaja yang merantau. Sesekali bila pulang menjengok bonda, masakan bondalah yang dingidamkan. Adik-adik lain tinggal berhampiran dengan bonda dan pada setiap waktu mereka dapat merasai air tangan bonda.
Berbalik kepada samperit yang telah Kak Noor hasilkan. So... inilah hasilnya. Tengoklah gambar-gambar di bawah. Masih tidak perfect dan perlu dibuat eksperimen demi eksperimen. Ada dua jenis; satu yang jenis sikit crunchy dan satu lagi gebu, dan melt in mouth. Pilihlah yang mana satu? I am not the best in making the samperit, but I am still trying to make it better. Apapun sedapnya masih terasa (puji diri sendirilah pulak ni!).
Sekarang ini tengah `kalut' mencari acuan samperit tembaga. Di rumah ada dua tiga acuan samperit berbagai bunga tetapi daripada jenis plastik. Amat sukar untuk mencari acuan samperit tembaga. Dulu dulu mana ada acuan plastik, semua acuan tembaga. Last year boleh dikatakan semua kedai yang jual acuan di Chow Kit telah Kak Noopr redah, tapi tak jumpa. Ada seorang tauke Cina tu beritahu kena `import' dari Ipoh (Ipoh mali maa....). Esok atau lusa nak pergi cari jugak. Kalau guna acuan tembaga, biskut akan nampak lebih cantik dan bunganya lebih sharp. Tapi kalau dah tak ade, nak buat macam mana? Guna acuan plastik jugalah...
Samperit ini rasanya ada cruncy sikit. Guna gula kastor
Yang ini teksturnya gebu dan melt in mouth |
Sekarang ini tengah `kalut' mencari acuan samperit tembaga. Di rumah ada dua tiga acuan samperit berbagai bunga tetapi daripada jenis plastik. Amat sukar untuk mencari acuan samperit tembaga. Dulu dulu mana ada acuan plastik, semua acuan tembaga. Last year boleh dikatakan semua kedai yang jual acuan di Chow Kit telah Kak Noopr redah, tapi tak jumpa. Ada seorang tauke Cina tu beritahu kena `import' dari Ipoh (Ipoh mali maa....). Esok atau lusa nak pergi cari jugak. Kalau guna acuan tembaga, biskut akan nampak lebih cantik dan bunganya lebih sharp. Tapi kalau dah tak ade, nak buat macam mana? Guna acuan plastik jugalah...
Inilah acuan samperit tembaga yang dicari-cari selama ini yang menghasilkan Samperit Bunga Dahlia (Gambar diambil dari blog Haidarifqi) |
Acuan samperit jenis plastik |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar