Selasa, 29 Desember 2015

Cream Cheese Chocolate Chips Cookies

Assalamualaikum dan Selamat Malam.



Malam ini Kak Noor nak kongsi satu resepi biskut yang diposkan oleh Maestro Ateh Wan (Admin Group Resepi Otai - GRO) dalam pagenya. Tertarik dengan namanya yang `gah', terasa teruja untuk mencuba resepi ini.  Walaupun pernah cuba pelbagai resepi chocolate chip cookies, namun resepi ini mempunyai kelainan dari segi penggunaan bahannya iaitu cream cheese. Kebiasannya cream cheese digunakan dalam kek dan juga membuat topping kek.  Tetapi kali ini digunakan dalam cookies.  Memang awesome rasa chocolate chips cookies ini. 




Kak Noor telah mengolah resepi ini mengikut citarasa dan ketersediaan bahan-bahan.  Tetapi bahan yang satu ini iaitu cream cheese tidak dikecualikan. Untuk memperkayakan rasa coklat untuk biskut ini, Kak Noor tambah serbuk koko. Untuk merangupkannya Kak Noor masukkan sedikit emplex.



Cream Cheese Chocolate Chips Cookies
Rujukan Resepi Asal: FB Maestro Ateh Wan (GRO)
Diolah oleh: Kak Noor @ Sajian Dapur Bonda
(Resepi ini diolah menjadi 2 adunan daripada resepi asal 1 adunan)

Bahan-bahannya:
1 cawan Buttercup
½ cawan cream cheese tortura (lembutkan)
1 ½ cawan gula perang
½ cawan gula kastor
2 biji telur Gred A
2 sudu kecil butter vanilla
*4 ½ cawan tepung gandum
*4 sudu kecil tepung jagung
*2 sudu besar serbuk koko
*2 sudu kecil soda bikarbonat
*2 sudu kecil emplex
1 sudu kecil KFC garam
1 cawan badam 
2 cawan chocolate chip (atau 1 cawan chocolate chip dan 1 cawan coklat masakan dihiris kasar)
(*Bahan-bahan ini diayak bersama)

Cara-caranya:
1. Mix butter dan cream cheese sehingga sebati. Masukkan gula dan mix lagi. Kemudian masukkan telur dan butter vanilla, pukul sehingga kembang sedikit. 
2. Masukkan bahan-bahan yang diayak, garam, dan mix sebati.
3. Masukkan coklat dan badam. Gaul rata menggunakan spatula.
4. Simpan doh di dalam peti ais lebih kurang ½ jam. 
5. Selepas ½ jam keluarkan doh. Bulat-bulatkan doh ikut saiz kesukaan, kemudian tekan dan leperkan.
6. Panaskan oven selama 10 minit dahulu. Selepas oven panas, bolehlah dibakar menggunakan suhu 150C selama 15 minit atau sehingga masak (bergantung kepada oven masing-masing).
7. Selepas biskut sejuk, masukkan di dalam bekas kedap udara. Jangan biarkan biskut yang dibakar terdedah lama di luar, kerana ia akan menjadi lemau (tidak rangup. Sekiranya ini berlaku, masukkan ke dalam oven kembali dan panaskan semula.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar