Salam hujung minggu buat semua yang singgah di Sajian Dapur Bonda.
Telah menjadi fenomena di FB sekarang, ramai yang gemar mengepos apom, kek, dan puding yang diwarnakan dengan pelbagai warna menarik, `I want to touch the colour!' Bukan di atas kertas sahaja kita boleh warna tau! Kini kuih muih pun boleh kita apply dengan beraneka warna yang boleh membuat orang teruja bila melihatnya.
So kali ini Kak Noor telah apply pada Puding Koktel Kastard ni. Agak menarik juga hasil kombinasi warnanya. Bukan sahaja warnanya menarik, tapi teksturnya pun sedap. Lembut... sejuk bila masuk ke tekak.
Dalam FB juga kita tengok ramai yang guna acuan seperti yang Kak Noor gunakan untuk membuat apom, kek, puding dan sebagainya. Acuan ini Kak Noor beli on line, nun.... jauh dari Sabah. 12 pieces harganya RM35.00. Dengan menggunakan resepi di bawah Kak Noor dapat buat dua bekas puding menggunakan acuan di atas.
Bahan-bahannya:
20 gram agar-agar tali
1 ½ cawan gula pasir
1 tin susu cair
1 tin koktel Ayam Brand (410 gram) @ jenama lain
1 biji kuning telur
4 sudu besar tepung kastard
875ml air bersamaan 5 cawan air
Cara-caranya:
1. Basuh agar-agar. Masak agar-agar bersama 875ml air sehingga larut.
2. Kemudian masukkan gula. Masak lagi sehingga gula larut.
3. Satukan susu cair, tepung kastard, dan kuning telur di dalam blender. Blend sehingga semua bahan bercampur sebati.
4. Perlahankan api. Masukkan bahan-bahan yang telah diblend tadi dan buah-buahan koktel bersama jusnya di dalam larutan agar-agar yang bercampur gula tadi.
5. Kacau senantiasa supaya tidak bergentel. Kacau sehingga adunan mendidih dan nampak pekat.
6. Tuang adunan di dalam acuan. Biar seketika di luar sehingga suam, kemudian dimasukkan di dalam peti sejuk.
7. Sekiranya suka boleh bahagikan adunan kepada beberapa bahagian warna mengikut citarasa masing-masing.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar