Bahan Untuk Pulut:
3 cawan beras pulut
4 cawan air
2 cawan santan pekat
Garam secukupnya
Bahan Untuk Inti:
1 biji kelapa parut muda
3 ketul gula Melaka
2 sudu besar gula pasir
2 cawan air
2 helai daun pandan
1 sudu besar tepung gandum atau tepung beras – Kak Noor guna tepung gandum
Cara Masak Pulut Guna Periuk Noxxa:
1. Basuh pulut dan toskan.
2. Masukkan pulut dalam inner bersama air dan daun pandan.
3. Tutup periuk. Putar tombol ke arah `PRESSURE’.
4. Guna fungsi `HIGH PRESSURE’ dan set 6 minit. Tekan`ON’.
5. Selepas masa tamat, putar tombol ke arah STEAM untuk membebaskan wap.
6. Buka tudung dan kacau pulut. Masukkan santan yang telah dibancuh dengan garam secukup rasa dan kacau sehingga pulut dan santan bergaul rata.
7. Tekan `OF’. Tutup periuk. Putar tombol ke arah `STEAM’.
8. Guna fungsi `STEAM’ dan set 3 minit. Tekan `ON’.
9. Selapas masa tamat, buka tudung periuk dan kacau rata. Biarkan dalam status `WARM/REHEAT’.
Inilah hasil setelah pulut masak |
Cara Masak Inti:
1. Masukkan gula Melaka, gula pasir, air, dan daun pandan di dalam periuk. Gunakan api sederhana untuk memasak gula hingga larut. Apabila telah larut, tapiskan.
2. Masukkan larutan air gula di dalam kuali bersama daun pandan. Biar atas api hingga pekat. Gunakan api sederhana supaya gula tidak rentung.
3. Apabila gula telah pekat, masukkan kelapa. Kaup balikkan sehingga sebati dengan air gula tadi.
4. Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau rata sehingga kelapa tidak berderai.
5. Boleh dibungkus dengan daun pisang atau dihidangkan di dalam pinggan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar