Assalamualaikum.
Santai di hujung minggu bersama keluarga, apakah agaknya menu tengah hari ini? Apa kata masak sambal tumis daging ala mamak ini. Pasti membuka selera, dimakan bersama nasi putih yang masih panas. Tetapi kalau rasa terajin nak masak nasi tomato atau nasi minyak, silakan. Itu dah kira bonus makan tengah hari.
Kak Noor jarang beli daging untuk dimasak di rumah. `Sesekali bila kuterasa teringin' aje baru dibeli di pasar tani. Selalunya Kak Noor beli daging tempatan `fresh' yang dijual di pasar tani atau pasar. Tetapi anak-anak dan Encik Hasben lebih suka ayam daripada daging.
Daging yang dimasak ini ialah daging korban yang diberi oleh jiran. Alhamdulillah dapat juga merasa daging korban tahun ini walaupun tak balik kampung berhari raya.
Memandangkan menu ini merupakan salah satu favourite Kak Noor, maka Kak Noor ingin berkongsi bersama-sama rakan semua cara memasaknya menggunakan periuk Noxxa. Ini adalah cara Kak Noor, tetapi tak tahulah kalau ada cara lain memasaknya. Lagipun Kak Noor masih orang baharu. Masih ramai sifu di luar sana yang lebih arif dan mahir memasak menggunakan periuk Noxxa ini.
Makan dengan nasi lemak pun sedap.. |
Apapun kalau masak menu ala mamak ini, banyak bawang besar digunakan di samping rempah-rempahnya. Tetapi itulah yang membezakan antara masakan Melayu dan masakan ala mamak.
850 gram isi daging – dipotong ikut suka
2 biji bawang besar – dipotong bulat
Air secukupnya
3 sudu besar gula perang
Kerisik 350 gram – Kak Noor guna kerisik keluaran Agro
Tambahan gula putih secukup rasa
Garam secukup rasa
2 sudu besar kicap manis
Bahan-bahan dikisar (untuk perapkan daging):
1 1/2 cawan cili yang telah dikisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
15 gram halia muda
10 gram lengkuas
Sedikit belacan (sebesar hujung jari)
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar sos tomato puri
Air secukupnya
Bahan-bahan ditumis:
1 biji bawang besar – dihiris
1 batang serai – dititik
1 helai daun pandan – dikerat 3
Penyediaannya:
1. Daging diperap dengan bahan-bahan kisar selama lebih kurang 30 minit. Ketepikan.
2. Masukkan minyak secukupnya dalam periuk dalaman Noxxa. Tekan fungsi STIR FRY dan on. Bila minyak telah panas, masukkan bahan-bahan tumisan. Tumis sehingga naik bau dan bawang kekuningan. Off fungsi STIR FRY.
4. Kemudian masukkan perapan daging tadi dan kacau rata. Masukkan sedikit air. Tutup periuk dan putar tombol (cap) ke arah PRESSURE. Tekan Fungsi High Pressure 30 minit dan On.
5. Selepas masa tamat, putar tombol ke arah STEAM untuk melepaskan wap. Selepas habis semua wap dilepaskan, buka tudung periuk . Kacau rata. Off fungsi HIGH PRESSURE. (Masa ini daging telah empuk tetapi kuah masih belum kering).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar