Assalamualaikum.
Hari ini ingin dikongsi bersama resepi puding roti marble. Puding ini acap kali juga Kak Noor sediakan untuk keluarga sebab ia cukup mudah dan cepat disediakan. Bila ada lebihan roti di rumah yang hampir nak expired tu, dari membuang dan membazir, bolehlah kita gunakan untuk menyediakan resepi ini.
Tapi yang paling Kak Noor teruja untuk menyediakan resepi ini adalah disebabkan acuannya. Sekarang famous acuan ini di FB. Ramai rakan FB yang pos agar-agar, kek kukus, apam, dan puding menggunakan acuan ini.
Acuan ini dibeli daripada rakan FB kita iaitu Aslindawati Aning, dari Sabah. Jauh tu di seberang. Walaupun jauh, tetapi cepat sampainya di Semenanjung. Hari Sabtu pos, hari Isnin tengah hari dah dapat... Kak Noor beli 12 pieces dengan harga RM35.00. Ada juga dijual dengan kuantiti yang kecil iaitu 4 pieces RM20.00. Pada mulanya nak beli 4 pieces aje tetapi bila difikirkan kembali rugi kalau beli 4 pieces aje. Tak pelah beli aje 12 pieces. Mesti ada yang teruja bila dibawa ke pejabat nanti. Memang betul, sampai aje acuan di pejabat, ramai kawan Kak Noor yang berebut nakkannya. Tinggallah pada Kak Noor 4 pieces aje. Ada yang tak dapat dan Kak Noor telah suruh mereka order sendiri daripada rakan FB kita.
Antara juadah yang disediakan mengguakan acuan ini. |
Bahan-bahannya:
1 bungkus agar-agar tali berat 37.5 gram
5 cawan air
4 sudu besar gula pasir
4 jenis pewarna - (Kak Noor guna warna biru, hijau, oren, dan merah)
Bahan-bahan diblend:
5 keping roti sandwich Gardenia
1 tin susu sejat
7 susu besar susu manis pekat
3 sudu besar serbuk koko/serbuk milo
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Penyediaan sebelum diblend:
Rendam 5 keping roti sandwich Gardenia bersama 1 tin susu sejat sehingga roti menjadi lembut. (lebih kurang 10 minit).
Setelah lembut, masukkan ke dalam blender bersama susu manis, koko/milo, telur, dan esen vanilla. Blend sehingga hancur.
Cara-cara Memasaknya:
1. Basuh agar-agar terlebih dahulu. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 5 cawan air. Masak sehingga agar-agar larut. Kemudian masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
2. Masukkan bahan-bahan yang telah diblend tadi ke dalam periuk agar-agar. Gunakan api perlahan. Kacau dan masak sehingga mendidih. Matikan api.
3. Asingkan adunan yang telah dimasak tadi ke dalam 5 mangkuk. Warnakan ikut citarasa masing-masing (4 pewarna + 1 adunan asal). Selang-selikan warna dalam acuan.
4. Sejukkan dalam peti ais sebelum dimakan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar